Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Khamis mengekalkan kemenangan Parti Solidariti Tanahairku (STAR Sabah) bagi kerusi Parlimen Keningau di Sabah selepas menolak petisyen yang difailkan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagai kawasan parlimen itu.
Hakim P. Ravinthran membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon Warisan, Jikulin Nointin @ Anastasius.
Susulan keputusan itu, Ravinthran turut memerintahkan Jikulin membayar kos RM10,000 kepada Jeffrey, yang juga presiden STAR Sabah.
Dalam permohonan itu, Jeffrey menamakan Jikulin sebagai responden tunggal.
Pada Jun lalu, Jikulin memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk menuntut perintah mahkamah bagi mengisytiharkan kemenangan Jeffrey pada kerusi Parlimen Keningau sebagai tidak sah.
Jeffrey diwakili oleh peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Henry Gudid manakala Jikulin oleh Benjamin Chin dan Chong Kian Ming.
Pada PRU14, 9 Mei lalu, Jeffrey memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti tipis 45 undi dalam pertandingan enam penjuru.
Jeffrey memperoleh 13,286 undi manakala Jikulin mendapat 13,241 undi dan calon Barisan Nasional (BN), Daniel Kinsik dari Parti Bersatu Sabah (PBS) memperoleh 12,742 undi.
Calon lain Juis Awang dari Parti Cinta Sabah (PCS) memperoleh 433 undi manakala dua calon Bebas, Maimin Rijan dan Justin Guka masing-masing mendapat 248 dan 199 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018
Pada PRU14, 9 Mei lalu, Jeffrey memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti tipis 45 undi dalam pertandingan enam penjuru. - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah
Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.
‘The Experts’ tampil genre berlainan buat peminat
Teruja, kelakar dan mendebarkan.
Itulah perasaan yang sesuai digambarkan, apabila menyaksikan filem terbitan terbaharu astro shaw, 'The Experts' dalam malam galanya pada Jumaat.
Itulah perasaan yang sesuai digambarkan, apabila menyaksikan filem terbitan terbaharu astro shaw, 'The Experts' dalam malam galanya pada Jumaat.
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.